Susah tahu tak

Kalau perasan macam rajin pulak aku post cerita semenjak dua menjak ni. Dulu punya lah bersawang blog kau tinggalkan, sekarang secuci 'lebaran' gitu. Kena sangat dengan raya. Haha, Tetiba!! Sebenarnya, suis 'rajin' aku ni muncul ikut suka hati je. Sekali muncul, mencurah-curah idea di ladang padi nak tulis post. Even cerita hal 'kerengga' tak muat pakai baju kebaya pun, boleh empatpuloh perenggan panjang aku karang. Eh... kejap! Kau orang tahu tak spesis 'kerengga' tu apa!? Hah sudah kalau tak tahu. Baik! Kerengga tu adalah sejenis semut serangga yang nama scientific dipanggil 'oecophylla smaragdina'. Betul! Aku tak tipu... Ianya serangga lebih besar daripada semut dan berwarna kemerahan-merahan. Pinggang ramping bak, rozita che wan'. Paham!

Itu cerita bila suis mood rajin datang lah. Bila suis mood 'malas' tu pulak yang datang kau nak tulis pun bersilang tangan. Idea nak datang pun susah. Susah tahu tak! Susah! Kejap-kejap 'backspace'... kejap-kejap 'delete' post yang baru sebaris kau tulis. Tunggulah pulak sampai setengah jam nak tulis balik. Lepas tu terus merajuk sign-up account. Duduk lah tepi bucu katil lap hingus sorang-sorang. Sedehhhh!

Itu lah aku cakap tadi, turun naik blog ni bergantung pada situasi and mood si penulis itu sendiri. Antara perkara lain aku nak cuba sampaikan, siapa yang ada blog atau laman luahan sendiri akan rasa dan paham situasi ini. Tipulah kau kata kau tak pernah backspace ayat or delete any post yang dah kau tulis tu. Hashtag 'respect sangat!' aku bagi. Blogging atau berblog ni aku kira macam tempoh waktu menghadap laptop atau 'typewritter' terkini ni lebih lama berbanding kau nak menconteng dalam status Facebook, Twitter dan Instagram. Setiap saat moment boleh dikemaskini dan berkongsi pada satu dunia. Kalau blog? Nak dapatkan satu post sebulan sekali pun susah.

Panjang lagi nak tulis, nanti lah aku sambung...
 

Post a Comment

1 Comments